Wednesday 13 November 2013

Suami Idaman Aku

Assalammualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke-3 selepas final dan aku masih di kuantan lagi. Tadi aku keluar makan seperti biasa bersama kak syima di kedai rahmat dan tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki dukung anak dia. Comel gila anak dia. Maybe dalam beberapa bulan.Hensem lelaki itu. Smart,simple dan rajin melayan anak dia sementara isteri dia mengambil makanan. Muka lelaki tu macam ijoy pelakon, comeyyyy..geram..Tiba-tiba aku berangan nak suami aku seperti dia. Sebab orang pernah kata biasanya kalau suami hensem,isteri tak cantik.dan disebabkan aku xcantik..aku harap suami aku hensem..(hehehe..gatalnya).

CIRI-CIRI SUAMI IDAMAN AKU DAN JUGA IMAM AKU:

  • Seorang yang mempunyai pegangan agama agar di dapat membimbing aku dan bakal anak-anakku ke jalan Allah
  • Haruslah mempunyai kerjaya yang tetap supaya dapat tanggung kehidupan aku nanti.
  • Dapat terima diri aku seadanya sebab aku hanya manusia biasa yang banyak kekurangannya
  • Terima keluarga aku seadanya sebab apabila dia melafazkan akad nikah dia bukan sahaja menikahi aku tetapi seluruh ahli keluarga aku.
  • Bertanggungjawab
  • Memahami diri aku
  • Setia dan jujur
  • Amanah
Terlalu banyak permintaan aku kan.(demainnya aku nie). Perkara diatas hanyalah sekadar landasan untuk aku membuat pilihan siapa pasangan hidup aku tetapi seandainya jodoh yang ditentukan untuk aku tidak seperti yang aku harapkan, aku terima sebab aku percaya ALLAH Lebih Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Siapa aku untuk memilihkan???Aku sentiasa berdoa ajar diberi jodoh yang baik. 


Sekian sahaja coretan aku untuk hari ini.

Saat Menunggu Hari Berjimba.

Setelah tamat final exam semua orang berlumba-untuk pulang ke kampung masing-masing tetapi tidak bagi aku dan budak bilik. Kami masih disini untuk menunggu hari dimana kami akan berjimba bersama-sama, menghabiskan masa bersama-sama sebelum semua pulang ke kampung masing-masing. Nak tahu kami akan pergi kemana???jeng..jeng..jeng...Kami akan bermalam selama 3hari 2malam di gambang..yeahhhh...Kami akan bertolak pada hari sabtu..and sementara menunggu hari sabtu..kami akan melepak sahaja disini..


Ayu dah balik awal dulu sebab ma suruh dia balik dulu so cuma ada aku, kak syimma and adda sahaja..Tetapi sekarang cuma ada aku dengan kak syimma sahaja sebab adda spent time dengan edin di cherating selama 2 hari...wahhh..bestnya dapat spent time bersama orang tersayang. Aku pun nak cari boyfriend kat sini lah..hehehehe.Belum tiba masanya untuk aku memikirkan semua perkara 2,buat kata orang andai tiba masanya,jodoh kita akan datang sendiri.  Aku hanya mampu berdoa agar jodoh aku adalah yang terbaik untuk aku. Aku terima apa sahaja yang telah ditentukan untuk aku kerana aku tahu hanya ALLAH sahaja yang tahu ape yang terbaik untuk hambanya. Aku tidak memikirkan tentang cinta lagi kerana aku tahu sejauh mana pun aku sayang seseorang itu belum tentu dia akan menjadi imamku kelak. Aku hanya jalani hidup aku seperti orang lain tanpa emmikirkan tentang cinta bak kata kak syimma berkawanlah dengan semua orang kerana sampai satu masa nanti kita akan membuat pilihan yang terbaik diantara yang terbaik.Aku ikut kata-kata kak syimma..and aku akan terus menanti jodoh aku. Siapa,Dimana dan Bila hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya. Okeylah sampai sini sahaja cerita aku hari ini..bye..

Beraakhir semester 3

Beraakhir sudah semester 3. Selama 4bulan aku belajar disini and hari nie semuanya sudah berakhir.Aku harap result aku untuk semester ini lebih baik dari semester  lepas. Untuk semester ini aku paling risau subjek SADAM,AUDIO VIDEO&JAVA. Aku berharap semuanya lulus dan tidak akan ada repeat paper.Aku harap aku akan tamat belajar mengikut ape yang aku rancangkan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Tak sabar rasanya nak balik melaka,lama gila xbalik dekat nak sebulan. Sumpah rindu masakan mak.

Monday 23 September 2013

Luahan Hatiku

Hari ini kami berempat keluar berjalan di ECM untuk teman ayu mencari barang camping dia.Kami berjalan-jalan diseluruh ECM tersebut..happy sangat.Tiba-tiba perut aku terasa lapar sebab aku xmakn tengahari lagi.Aku dan ayu beli hot and roll sementara kak syimma dan adda pergi ke surau untuk menunaikan solat asar.Aku dan ayu makan ape yang kami beli sambil melihat gelagat manusia di shooping complex tersebut.Ada yang keluar bersama keluarga.berdating dan macam2 lagi lah.Melihat mereka yang bercouple sangat sweet sehingga terfikir kenapa aku tidak seperti mereka.Kenapa terlalu sukar untuk aku merasa saat2 seperti mereka.Aku tidak bertuah seperti mereka.Kadang2 timbul rasa cemburu melihat mereka bahagia.Mereka bertuah kerana diberi kebahagiaan yang sebegitu.Melihat perempuan yang cantik..yang sempurna..mereka cukup beruntungkan.tidak seperti aku yang banyak kekurangannya..aku tidak seperti mereka yang mempunya paras rupa yang cantik..kulit yang putih dan perwatakan yang menarik yang boleh membuatkan orang tertarik.Seperti kawan-kawan bilik aku..diantara semua..aku rasa aku yang tidak cntik..mereka semua cantik..pada aku mereka cukup sempurna..Kadang2 aku jeles melihat adda..aku tahu perasaan yang aku ada nie tidak bagus untuk aku..ianya akan merosakan persahabatan kami..tapi aku masih boleh kawal..aku cuma jeles pada diri dia..dia cukup sempurna..memiliki keluarga yang baik..abg2 yang sayang pada diri dia..memiliki rupa paras yang cantik..dia comel..dia mnja..dia baik sangat..dia cukup beruntung memiliki seorang bf yang sangat sayang dengan diri dia.Aku jeles melihat dri dia..dia sweet sangat dengan bf diia..aku tidak boleh melihat dia dengan bf dia..xtahu kenapa..mungkin sebb rasa cemburu 2 kot..2kali kami keluar bersama..diorang sanagt sweet.Aku terfikir kenapa aku tidak bertuah seperti dia dalam percintaan???dia sentiasa dapat ape yang dia inginkan.Aku selalu mengelak untuk keluar bersama mereka..tetapi aku kena jaga hati dia jugak kan..aku kena buang rasa cemburu itu.Aku turut gembira melihat dia gembira..sbb aku tahu dia layak untuk mendpatkan kebahagiaan.And aku harap satu hari kelak aku akan mendapat kebahagiaan yang aku carikan and semoga allah memmakbulkan doa aku dan membuang rasa cemburu dalam hati aku ini.dan aku bersyukur kerana walaupun tidak memiliki rupa paras yang canik..tetapi aku memiliki kesempurnan diri aku.memiliki keluarga yang sayangkan aku..kawan2 yang sayangkan aku..mereka tidak pernah memilih dalam berkawan.mereka sentiasa ada bersama aku walau susah atau senang.

kami berempat

Sunday 22 September 2013

Saat gentir

salam semua dan selamat tengahari.Hari nie adalah hari yang sangat sedih dalam hidup aku.kawan yang pling rapat dengan aku selama nie telah berubah.aku tidak tahu dimana silap aku atau ape kesalahan diri aku pada dirinya.Bila aku bertanya dan sms dia..xberbalas.Ketika kami berborak ramai2 sementara menunggu class mula..dia x byk cakap dengan aku..tidak seperti selalu.Dia banyak sangat bercakap..selalu dia akan ada je cerita atau gosip yang akn dia kongsi dengan aku.Bila aku bertanya dia kan senyap..and cakap tidak ada ape2 masalah tetapi hati aku kuat mengatakan bahawa ada masalah.Aku berharap dia akan bercerita dengan aku seperti dahulu..Aku nak dia jadi diri dia yang lama.bukan diri dia yang sekrang.mungkin aku bukan kawan yang baik untuk dia seperti kawan2 dia yang lain tetapi aku selalu cuba untuk menjadi kwan yang baik untuk dia..Aku sedar diri aku tidak lah cntik..tidak pandai sepeti dia...tetapi aku ikhlas berkawan denagn dia tanpa sebab.Aku terima diri dia seadanya and aku berharap jugak dia terima diri aku seadanya.
Ibarat kami berdua