Wednesday 13 November 2013

Suami Idaman Aku

Assalammualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke-3 selepas final dan aku masih di kuantan lagi. Tadi aku keluar makan seperti biasa bersama kak syima di kedai rahmat dan tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki dukung anak dia. Comel gila anak dia. Maybe dalam beberapa bulan.Hensem lelaki itu. Smart,simple dan rajin melayan anak dia sementara isteri dia mengambil makanan. Muka lelaki tu macam ijoy pelakon, comeyyyy..geram..Tiba-tiba aku berangan nak suami aku seperti dia. Sebab orang pernah kata biasanya kalau suami hensem,isteri tak cantik.dan disebabkan aku xcantik..aku harap suami aku hensem..(hehehe..gatalnya).

CIRI-CIRI SUAMI IDAMAN AKU DAN JUGA IMAM AKU:

  • Seorang yang mempunyai pegangan agama agar di dapat membimbing aku dan bakal anak-anakku ke jalan Allah
  • Haruslah mempunyai kerjaya yang tetap supaya dapat tanggung kehidupan aku nanti.
  • Dapat terima diri aku seadanya sebab aku hanya manusia biasa yang banyak kekurangannya
  • Terima keluarga aku seadanya sebab apabila dia melafazkan akad nikah dia bukan sahaja menikahi aku tetapi seluruh ahli keluarga aku.
  • Bertanggungjawab
  • Memahami diri aku
  • Setia dan jujur
  • Amanah
Terlalu banyak permintaan aku kan.(demainnya aku nie). Perkara diatas hanyalah sekadar landasan untuk aku membuat pilihan siapa pasangan hidup aku tetapi seandainya jodoh yang ditentukan untuk aku tidak seperti yang aku harapkan, aku terima sebab aku percaya ALLAH Lebih Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Siapa aku untuk memilihkan???Aku sentiasa berdoa ajar diberi jodoh yang baik. 


Sekian sahaja coretan aku untuk hari ini.

1 comment:

  1. salam leeza..semoga berjaya mendapat calon suami spt yg diidam2kan..good luck!

    ReplyDelete