Wednesday 13 November 2013

Suami Idaman Aku

Assalammualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke-3 selepas final dan aku masih di kuantan lagi. Tadi aku keluar makan seperti biasa bersama kak syima di kedai rahmat dan tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki dukung anak dia. Comel gila anak dia. Maybe dalam beberapa bulan.Hensem lelaki itu. Smart,simple dan rajin melayan anak dia sementara isteri dia mengambil makanan. Muka lelaki tu macam ijoy pelakon, comeyyyy..geram..Tiba-tiba aku berangan nak suami aku seperti dia. Sebab orang pernah kata biasanya kalau suami hensem,isteri tak cantik.dan disebabkan aku xcantik..aku harap suami aku hensem..(hehehe..gatalnya).

CIRI-CIRI SUAMI IDAMAN AKU DAN JUGA IMAM AKU:

  • Seorang yang mempunyai pegangan agama agar di dapat membimbing aku dan bakal anak-anakku ke jalan Allah
  • Haruslah mempunyai kerjaya yang tetap supaya dapat tanggung kehidupan aku nanti.
  • Dapat terima diri aku seadanya sebab aku hanya manusia biasa yang banyak kekurangannya
  • Terima keluarga aku seadanya sebab apabila dia melafazkan akad nikah dia bukan sahaja menikahi aku tetapi seluruh ahli keluarga aku.
  • Bertanggungjawab
  • Memahami diri aku
  • Setia dan jujur
  • Amanah
Terlalu banyak permintaan aku kan.(demainnya aku nie). Perkara diatas hanyalah sekadar landasan untuk aku membuat pilihan siapa pasangan hidup aku tetapi seandainya jodoh yang ditentukan untuk aku tidak seperti yang aku harapkan, aku terima sebab aku percaya ALLAH Lebih Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Siapa aku untuk memilihkan???Aku sentiasa berdoa ajar diberi jodoh yang baik. 


Sekian sahaja coretan aku untuk hari ini.

Saat Menunggu Hari Berjimba.

Setelah tamat final exam semua orang berlumba-untuk pulang ke kampung masing-masing tetapi tidak bagi aku dan budak bilik. Kami masih disini untuk menunggu hari dimana kami akan berjimba bersama-sama, menghabiskan masa bersama-sama sebelum semua pulang ke kampung masing-masing. Nak tahu kami akan pergi kemana???jeng..jeng..jeng...Kami akan bermalam selama 3hari 2malam di gambang..yeahhhh...Kami akan bertolak pada hari sabtu..and sementara menunggu hari sabtu..kami akan melepak sahaja disini..


Ayu dah balik awal dulu sebab ma suruh dia balik dulu so cuma ada aku, kak syimma and adda sahaja..Tetapi sekarang cuma ada aku dengan kak syimma sahaja sebab adda spent time dengan edin di cherating selama 2 hari...wahhh..bestnya dapat spent time bersama orang tersayang. Aku pun nak cari boyfriend kat sini lah..hehehehe.Belum tiba masanya untuk aku memikirkan semua perkara 2,buat kata orang andai tiba masanya,jodoh kita akan datang sendiri.  Aku hanya mampu berdoa agar jodoh aku adalah yang terbaik untuk aku. Aku terima apa sahaja yang telah ditentukan untuk aku kerana aku tahu hanya ALLAH sahaja yang tahu ape yang terbaik untuk hambanya. Aku tidak memikirkan tentang cinta lagi kerana aku tahu sejauh mana pun aku sayang seseorang itu belum tentu dia akan menjadi imamku kelak. Aku hanya jalani hidup aku seperti orang lain tanpa emmikirkan tentang cinta bak kata kak syimma berkawanlah dengan semua orang kerana sampai satu masa nanti kita akan membuat pilihan yang terbaik diantara yang terbaik.Aku ikut kata-kata kak syimma..and aku akan terus menanti jodoh aku. Siapa,Dimana dan Bila hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya. Okeylah sampai sini sahaja cerita aku hari ini..bye..

Beraakhir semester 3

Beraakhir sudah semester 3. Selama 4bulan aku belajar disini and hari nie semuanya sudah berakhir.Aku harap result aku untuk semester ini lebih baik dari semester  lepas. Untuk semester ini aku paling risau subjek SADAM,AUDIO VIDEO&JAVA. Aku berharap semuanya lulus dan tidak akan ada repeat paper.Aku harap aku akan tamat belajar mengikut ape yang aku rancangkan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Tak sabar rasanya nak balik melaka,lama gila xbalik dekat nak sebulan. Sumpah rindu masakan mak.